Thursday, August 16, 2012

MAKA BERMULALAH HARI-HARI YANG SIBUK


uikss??


tinggal beberapa ketul hari je lagi nak raya! maka dengan ini di isytiharkan bahawasanya bermula lah hari-hari yang sibuk bagi saya, AFIQAH KHAIRUDDIN, pemegang ic 901022-06-**** untuk memanfaatkan masa yang dah suntuk sangat ni untuk mengemas rumah sebelum ahad ini. 

dengan ini juga, saya menyerahkan mandat membuat kuih raya tiap tahun kepada kedua buah adik saya yakni natasya dan nuruljannah. ha ha ha.

memandangkan adik-adik saya yang berada di perantauan telah pun pulang ke desa, makanya peluang saya untuk online amatlah tipis dek kerana adik saya yang bernama nuruljannah itu nampaknya obses sangat dengan twitter dan kalau boleh tidur pun nak tweet dalam mimpi. LOL

okey lah. ibu saya dah memberi isyarat mata kepada saya untuk kemas dapur sekarang ni jugak. saya terpaksa mengundur diri. akhir kata dari saya, majulah sukan untuk negara!


p/s : untuk cik abang saya yang berada jauh di perantauan, balik la cepat sket! IMYSM! :P


[ked's sketching]

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comments here! :)