SIXTH SENSE SEORANG IBU

8:40:00 PM


uikss??

since arini punya menu berbuka memang simple giler iaitu mee bandung, ibu aku pun mengamanahkanlah aku untuk memasaknya. ibu kata, alah, bukannya susah pun, awak tengok jela resepi kat belakang perencah tu. maka sebagai anak yang berdedikasi lagi berwibawa, aku hanya mengangguk sahaja.

nak dijadikan cerita, tadi tengah potong-potong ayam, tetiba tekak aku rasa lain macam. aku pun cepat-cepat masuk toilet. muntah. tak taw la kenapa. pagi tadi, adik aku ammar tu muntah-muntah plus sakit perut. aku syak ikan cencaru sumbat sambal tu puncanya sebab pagi tadi aku makan lauk tu dengan nasik. even ibu aku sendiri sakit perut. 

keluar-keluar toilet, aku cakap kat ibu yang aku muntah. ibu aku kata, pucatnya muka awak. tak habis lagi tu muntah. aku takde la rasa nak muntah lagi sebab aku rasa dah keluar habis dah tadi. cuma rasa cam tak sedap tekak jela kan. tak lama lepas tu, aku rasa nak muntah balik. lepas muntah tu, ibu pun kata, haaa. dah merah balik dah muka awak. kan ibu dah kata. lepas ni mesti awak tak muntah dah.

uishhh. terernya ibu aku. mana ibu taw? nak menuntutlah dengan ibu. hehhe. tu lah ibu kita. sekilas muka anak di depan mata, sudah dia tahu kita sakit ke tidak.

makanya, bukak puasa tadi kitorang semua makan buah je. masing-masing takde selera nak menghadap mee bandung tu. bye bye mee bandung. terus simpan dalam fridge. kita jumpa esok jela ek? :D


p/s : lepas muntah tadi aku dah elok dah. sekarang ni ibu pulak masuk angin. ammar dari pagi tadi sampai sekarang still muntah-muntah lagi.



[ked's sketching]

You Might Also Like

10 Comments

  1. Lorr..siannye k lin dgr..pegi klinik ler..risau lg melarat lak tu kang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dulu la camne esok kak lin..
      kalau esok tak hilang lagi, memang kena gi klinik laa..
      tq for your concern sis..
      :)

      Delete
  2. kesian.

    habis keluar.

    wan tak pernah lagi berbuka dengan juadah buah buahan ni.

    cepat kenyang tak?

    ReplyDelete
  3. kalau ko tengah takde selera cam aku ni, cepat je kenyang..
    bergantung pada jenis buah yang ko makan..
    :)

    ReplyDelete
  4. keracunan tue......ikan tue beli kt param ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnye ikan tu masak sendiri kot..
      agaknya ikan tu yang bermasalah..
      hehe

      Delete
  5. haih..jangan lama2 tunggu..pegi hospital cepat..bahaya ni kalau muntah2 banyak..habis elektrolit dlm badan kurang..

    jijah kalau muntah2 mmg takde tenaga langsung! tak suka kalau keracunan makanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..
      tu die nurse kite dah bersuara..
      hehehe..
      takpelah kak jijah..
      tak teruk mana pun.. okey dah ni..
      cume ade belen2 sket je cam sakit perut tu jela..
      i'm okey now..
      :D

      Delete
  6. dah okay ke perut???kena hati2 kalau beli kat luar ni...masak sendirilah, kalau nak beli pun beli dari gerai/org yg mmg kita dah biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapiiii..
      ikan tu masak sendiri..
      maybe ikan tu masa belum masak lagi dah tercemar kot..

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers