LIST OF INCIDENTS AND FRUSTRATION FOR TODAY

4:16:00 PM


uikss??

1. pagi-pagi tadi, exam start pukul 9 pagi ni, pukul 8 lebih kitorang masih tersadai. tersadai kat mana, kat tepi jalan beberapa meter sebelum traffic light depan Mc Donalds Puncak Alam. sebab apa? mati tengah jalan. rupa-rupanya, minyak dah kering. meter pulak rosak. memang takde arah la kena berenti jugak kat situ, mintak tolong budak-budak laki, kuwe dengan baha tolong isi minyak dalam botol kat petronas. sejam sebelum exam.


2. pukul 9 pagi, ketika dalam dewan. tersangat frust menonggeng-nonggeng bila selak-selak kertas exam, Ya Allah, apa ke susah sangat soalan ni? lain dengan past years yang kitorang buat sebelum ni. boleh imagine tak, soalan bermati-matian letak kat page 5. table kat page 6. kejadah sangat table kat belakang. patutlah aku mati-mati pikir kenapa la soalan tu macam tu. aku pulak pikir yang soalan kat belakang tu, kenapa ada 2 table ni? salah soalan ke? bila baca soalan buat kali ke 10, baru aku pasan yang dia suruh refer kat table yang ada kat page belakang tu. apakah? keluar-keluar dewan muka masing-masing dah tak nampak masa depan dah. bye bye A-. oh lulus, please come to mama.. TT___TT


3. sebelum keluar simpang 3 uitm, nampak la orang ramai-ramai berhenti kat depan tu. tengok-tengok, ada accident. tengok-tengok, ramainya budak kelas b kat situ. check kot-kot ada budak kelas kitorang yang terlibat dalam accident tu. tengok cam takde je. mesej ain tanya. rupa-rupanya, kereta yana kena rempuh dengan lori. dasyat giler! sampai tercabut bumper. enjin depan dah remuk. dengar cerita lengan yana bengkak. syukurlah, yana selamat. cuma kereta dia, memang teruk giler la kena rempuh. 


4. on the way balik ke rumah lepas lunch kat saujana utama. tiyah berhenti kejap dekat kedai runcit tepi simpang 3 tu. aku dengan ah tunggu dalam kereta. tengah dok kira duit syiling nak bagi kat ah tu, tiba-tiba je nampak satu motor ni jatuh. dia baru je nak pusing, ntah macam mana boleh tergelincir lalu terseret atas jalan yang tengah panas terik tu. motor tu pun jatuh terhempap abang yang bawak tu. dan, kejadian tu hanya 2 meter je jaraknya dengan kereta kitorang. kalaulah motor tu terseret kedepan sikit lagi, memang kompem-kompem dah makan depan kereta ah. aku ngan ah saling berpandangan. nak tolong ke tak sebab yang kena tu lelaki, depan mata kitorang lak tu. sekali bila kitorang keluar, dia kata dia dah okey. tapi aku rasa kaki dia mesti luka sebab memang kuat bunyi motor dia terseret tadi. sampai bekesan kat jalan kot.

5. tak lama lepas tu, tiba-tiba je enjin kereta mati. aku dah pelik dah. tanya ah, kenapa enjin tetiba mati. ah pun start cuak. tak lama lepas tu, tiyah datang. dia try start enjin, tak lepas. try dua tiga kali plus tolak kereta tu pun, tak lepas jugak. ah sudahhh. dah la tengah panas ni. depan deretan kedai pulak tu. nak kata minyak, tadi dah isi. nak kata air, tak kot. tak tahu apa masalah dia. tak nak bagi stress sebab stress QMT tadi pun tak abes lagi, kitorang beli air dengan buah jambu, makan la tepi longkang sambil berpikir. tengah-tengah dok pikir tu, nampak la satu kereta ni. JGX xxxx. kereta zul! cepat-cepat tahan. mintak tolong zul dengan nawi tolong tengokkan kereta tu. diorang pun tak tahu apa masalahnya. alang-alang diorang nak pergi rumah geng-geng budak laki ni, mintak tolong diorang tumpangkan lah kitorang sampai rumah. lega, sampai jugak kat rumah akhirnya.

letih tak perjalanan hidup aku, tiyah ngan ah arini? bak kata ah, kalaulah semua dugaan ni petanda kita nak dapat A untuk QMT tadi, maka, kami redho.. 

pesananan penaja, berhati-hatilah dijalan raya...

p/s : skang ni aku nampak katil je. ZzZzZzZzZz....

[ked's sketching]

You Might Also Like

8 Comments

  1. makk aii, bnyak nyer kejadian. gudluck for next paper yerp :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari yang penuh kesabaran..
      huhuhu..
      thanks..

      Delete
  2. Serius letih.. Nauzubillah..dasyatnya.. pity to your friend yana..
    tak dpt bayang kalau kete sy yg kena rempuh.. jauhkan lah..

    hati-hati selalu ye :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang membaca letih,
      yang melaluinye ni lagi lah letih..
      :)

      Delete
  3. Letih gak k lin baca, bnyak tul dugaan dlm sehari, xpe ade hikmah tu sebenarnye... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam saya berletih-letihan..
      arini saya bergembira pulak kak lin.. hehe

      Delete
  4. insya Allah...tu tandanya nak A+ tu hahaha...dugaan memang datang & pergi, terpulang pada kita mcm mana nak bertindakbalas terhadapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn.. mintak2 la masin mulut kak faye w/pun tu mustahil sebab carry mark saye rendah je.. hehe

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers