KISAH SI ANAS : FOOD POISONING DI AWAL RAMADHAN

10:28:00 AM


uikss??

dah lama kan aku tak story mory pasal adik bongsu aku ni iaitu anas. last entry pasal dia rabun bulan januari lepas. bukan takde cerita hot pasal dia ni tapi aku yang malas nak tulis. hahahhaa

kali ni, aku nak cerita pasal anas berpuasa pulak. actually, anas dah start berpuasa penuh masa darjah dua lagi. sekarang ni dia darjah empat dah. first day puasa, kebetulan cousin aku balik, dia pun bawak la anas dengan ammar pergi cari juadah berbuka kat bazar ramadhan. kitorang tak tahu pun sebab diorang kat rumah nenek aku masa tu. tahu-tahu je cousin aku hantar diorang balik dengan seplastik penuh makanan. 

aku tengok la apa diorang beli. ice blended sorang satu dengan nasik ayam 2 bungkus. okey. aku nak tengok habis ke tak nanti sebab ibu aku sendiri dah masak. ibu aku masak kuey teow je hari tu.

anas : anas nak makan kuey teow dulu, pastu nak makan nasik ayam, pastu nak makan coklat, pastu nak makan calsium.
ibu : makan satu-satu dulu. karang tak habis.

dan, masuklah waktu berbuka puasa. anas dah cedok kuey teow awal-awal lagi dah. lepas habis tu, dia tambah lagi. lepas tu, dia bukak la bungkusan nasik ayam dia tu. ibu aku awal-awal dah pesan, ambil pinggan lain asingkan nasik tu. kitorang tahu dia takkan habis makan sebungkus nasik ayam tu sebab anas ni kalau makan nasik, nasik 3 sudu, lauk yang penuh. lauk dah habis, nasik tak habis lagi. 


tengok dia makan tu, aku pun teringin la nak rasa jugak kan. aku pun tarik la polistrene yang dia dah asingkan nasik tu untuk merasa. then, aku cari sup. mana la pulak sup ni? guess what? anas pergi curah semua sup tu kat dalam nasik tu dulu baru la dia asingkan nasik tu. aduyai anas oiii~ orang suruh awak asingkan tu sebab nasik tu boleh orang lain makan nanti. ni tak, nasik dah berendam dengan sup, kenalah habiskan on the spot jugak. kalau tak kembang la nanti. =.="

hari kedua pulak, macam biasa masa berbuka. macam-macam la budak tu sumbat dalam perut dia. macam tak kenyang-kenyang makan. tambah pulak ada durian semalam. nyum nyum nyum. malam tu pulak, sempat lagi dia makan coklat dan tibai sekeping roti betul-betul before dia tidur sebab lepas je dia habis makan roti tu dia terus tertidur.

pagi tadi, bila bangun sahur, aku pelik la kenapa ibu tak kejut anas. macam biarkan anas terus lena je. rupa-rupanya, anas muntah-muntah dah tadi. even masa kitorang sahur tadi pun dia bangun untuk muntah. ibu aku kata, tulah. makan bercampur lagi. ayah aku kata, makanan dalam perut anas tu berperang. tu yang jadi macam tu.


makanya, bergembiralah anas menonton tv kat rumah arini sebab ibu tak bagi dia pergi sekolah arini. hai~ enjoylah awak kat rumah yea anas.

" anas, awak puasa tak arini? "
" puasa. "

ouh, that's my boy!


[ked's sketching]

You Might Also Like

2 Comments

  1. comel je kan budak2 bila puasa...anak sedara kak faye sikit2 tanya pukul berapa nak berbuka puasa hehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la ngan adik saye ni hah kak faye..
      dari pukul 6.30 dok countdown waktu berbuke..
      hahhaha..
      padahal kite mase kecik camtu jugak laaa..

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers