MISI MENYELAMATKAN PANKY

1:53:00 PM


uikss??

pagi tadi, ibu wat mee goreng. sebelum ibu keluar nak menoreh, beliau sempat lagi berpesan pada aku. "along, mee tu ade sikit je. baik awak amik cepat. nanti habis." . aku yang tengah online ni, dok terangguk-angguk la cam burung belatuk. dalam hati, nanti la aku amik. 

pastu, aku nampak ibu keluar dari ekor mata sepetku ini. tak lame pastu, aku dengar riuh-riuh kat luar. dengar bunyi kucing gak. aku ingatkan mimi dah balik sebab semalam beliau sehari tak nampak muke. tak taw gi beraye mane. sekali, ibu beriye-iye suh aku keluar gak, tengok kucing ni.

aku pon tengok laa. tanjat boboyot taw bile aku nampak,


Ya Allah! panky ade atas pokok durian tuh! ape la yang beliau wat sampai atas tu? kitorang yang dah cuak ni, si panky tu lagi la doplohtujuhperpuluhanlimebelas kali lagi cuak dari kitorang! beliau dok mengiau-ngiau ketakutan. aduyai~masalah problem nih! sape la yang nak bawak turun panky ke bawah? pokok tu tinggi. aku sendiri pon takde idea camne la si panky tu leh sampai ke atas tu. even ayah aku sendiri pon takot nak panjat pokok tu!

pas bernego-nego plus lat talilat lailitamplom ngan ibu serta ayah, ayah aku la yang kena panjat selamatkan panky. suppostly wonderpets yang wat keje-keje camni. tapi since diorang tak balik bercuti daripada raye cine itu hari, ayah aku la yang kene cover diorang punye keje. ciap kau wonderpets! aku tak mau tengok dah pasni. huh!

scene 1 : ayah berjaya naik sampai ke tempat panky ter'stuck'

scene 2 : cubaan membawa turun panky gagal! beliau takot turun ke bawah. kaki tu macam dah kene paku kat dahan pokok tu tak bergerak-gerak. =.="

scene 3 : lepas kena pujuk sket, panky mula lembut hati nak turun. tu pon still takot sket-sket lagi.


tapi, ketakutan panky tu membuatkan beliau tak leh bertenang. asyik meronta-ronta je mintak dilepaskan oleh ayah aku. ni tak leh jadi ni! silap-silap, terlepas jugak panky ke tanah nanti. kitorang pon wat bekap plan. amik kain selimut, bentangkan kat bawah pokok durian tu. ibu pegang sebelah, aku pegang sebelah. ayah pon lempar panky dari atas.

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....

dapat! panky mendarat dengan jayanya. Alhamdulillah. aku terus peluk panky. kesian beliau. still shaking. terkejut tak abeh lagi. bagi makan pon tak mau makan. 


setelah memastikan keadaan panky stabil, aku cepat-cepat masuk ke dalam rumah bile tibe-tibe teringatkan mee goreng yang berkemungkinan bakal dirembat oleh de aku. dan jawapannye seperti yang aku dah predict. mee da abes! waaaa~ rase nak makan friskies panky tu cicah teh!

[ked's sketching]

You Might Also Like

3 Comments

  1. klu zuan, pandai dia naik pandai la dia turun.. huhu

    ReplyDelete
  2. HAHA.. Lawak ah Panky tu.. Panjat reti, turun x reti.. HAHA

    ReplyDelete
  3. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers