Sunday, December 30, 2012

DEMI FIRST CLASS DEGREE


uikss??

masuk harini dah 10 hari aku berada dalam study week. dan, sepanjang 10 hari tu, baru satu soalan past year paper yang aku dah buat. tu pun, satu soalan kecik je tuan-tuan dan puan-puan. bukan satu paper exam jun 2012 tu.

aiguuu~ 5 januari nanti start la first paper. hotel design and layout. aku tak start apa pun lagi. tiap kali bangun pagi, azam nak buat past year plus study tu berkobar-kobar. tapi, bila bukak je laptop, terus merundum ke level zero. huhu. tak leh jumpa laptop aku camni ni.


hah, nanti last minute study, mula la jadi tak tentu arah macam tu nanti. kikiki. tak mau, tak mau. 

maka dengan itu, berazam lah wahai adorable afiqah. buangkan perasaan malas tu, gantikannya dengan rasa rajin. demi first class degree.

ya! demi first class degree! (tetiba cam psycho pulak cakap sesorang kan? hikhikhik)


tetiba rasa nak selit gambar class last dalam sem 5 ni. find me! hewhewhew


p/s : nak kena jumpa spirit burner jugak ni kot baru leh jalan study gamaknye. IMY!


[ked's sketching]

Friday, December 28, 2012

NOMBOR TELEFON MISTERI


uikss??

pagi tadi, lepas aku berganding bahu menyuci toilet plus mencari solusi punca toilet aku tersumbat, aku perasan yang phone nokia aku off dengan sendirinya. okey, takpe lah. aku pun on la. kot-kot ada mesej penting masuk ke kan.

tettt tettt, tettt tett! bunyi mesej masuk. oh, ada missed call la dari 03-92077200 pukul 10 pagi tadi. eh, ini nombor office ni. aku cuak sikit kalau tengok nombor office naik ni. takut ada benda-benda penting yang aku ter miss. kalau nombor phone yang aku tak kenal, aku buat derk je. tapi ni sebab nombor office, aku beri pengecualian la.

aku pun called balik nombor tu. tak berangkat. call sekali sudah. hehehe. mana lah tahu kalau-kalau call tu dari office si baju biru ke. ada orang try nak contact aku pasal dia ke, apa ke kan. tu yang aku called balik tu.

but then, tetiba gatal je tangan aku nak google nombor tu. saje-saje je. kot-kot ada ye dak? sekali, bila google, memang ada la story disebalik nombor tu.


oh, memang ada issue rupanya pasal nombor tadi tu. bila baca komen kat bawah tu, baru aku tahu yang nombor tu relate dengan insurance dari BSN. aku memang ada account BSN tapi aku rasa dah tak active dah kot sebab last aku ada transaction dengan BSN ni zaman lepas sekolah kot. tu pun sebab aku nak kosongkan account aku.

kalau diorang offer aku insurance pun, celah mana aku nak cekau nak pergi bayar insurance tu tiap-tiap bulan? makan minum aku pun ibu aku support, kejadah sangat aku nak beli insurance. aiguuuu~

then, aku google lagi and aku terjumpa banyak lagi nombor rupanya yang ada berkait sedikit sebanyak dengan nombor tu. 


aku terjumpa dekat blog shazboy.com ni. thanks shaz for that sharing. 


aku share pasal benda ni bukan apa, untuk langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama, tak nak kita ni tertipu. dalam kes aku ni, since aku tak dapat nak bercakap dengan owner nombor tu, so, aku assume betul lah nombor tu dari insurance punya dealer based on same feedback from other commenters. kalau korang dapat call dari nombor-nombor macam tu dan katakan lah diorang jual insurance dari bank sekian-sekian, better korang call balik bank tersebut sebelum korang percaya bulat-bulat apa yang caller tu cakap. kadang-kadang, ada yang betul-betul daripada bank sekian-sekian tu dan benar-benar boleh dipercayai, tapi, pada masa yang sama, ada jugak yang pakai nama bank tertentu untuk menipu kita. nak percaya atau tak, terpulang pada kita. dalam masa yang sama, berhati-hati lah supaya kita tidak ditipu taw.

entry ini bukanlah untuk tidak menggalakkan korang untuk beli insurance, tapi sebagai langkah berhati-hati dalam pembelian insurance melalui dealer yang sah. :)


p/s : lega bila dapat tahu yang call tersebut takde kaitan dengan si baju biru kite. :3


[ked's sketching]

Wednesday, December 26, 2012

KISAH SI ANAS : PENGARUH HOME ALONE


uikss??

siapa tengok tv2 semalam? kan sempena krismas plus school holiday, diorang ada tayangkan cerita home alone 3. dah banyak kali dah aku tengok home alone tu. yang 3 saje dah 2,3 kali gitu. huhuhu. tapi kali ni tengok ngan adik-adik. barulah rasa meriah sikit yedak? 


kan dalam cerita tu alex si budak kecik yang bukan main bijaknya tu pasang banyak trick kat rumah dia kan? aku punyeeee lah kagumnya dengan dia. sambil terpikir, wujud tak agak-agaknya budak selicik tu kat dalam dunia ni. hmmmm..

dah habis cerita tu, aku pun bukak la laptop. dengan niat nak online lah kan. tengah syok-syok online fb ni, tetiba anas panggil kaku masuk dalam bilik dia. aku pun tanyalah kenapa. malas nak layan sebenarnya. dia pun kata, ade la. aku tanya lagi, ade la tu jugak jawapan dia. dek sebab stress dok paksa aku masuk bilik dia sampai kering air liur dia, aku pun masuk la.

anas masuk dulu. pintu bilik dia dah terbukak sikit masa tu. dia suruh aku tolak pintu tu lagi. aku pun tolak la. sekali dia kata, " alaaaa. tak jadi ". aku pun musykil, apa yang tak jadinya? anas suruh aku pandang atas pintu tu.

sekali bila aku pandang....


cheh. ni mesti feeling-feeling nak buat trick cam dalam home alone la tu. hai, tak payah la anas. nak buat trick pun bagi taw aku dulu benda tu kat mana, sekian sekian. aduyai~ terpengaruh jugak dengan tv adik aku ni. epic fail sungguh laaa..


semalam shopping barang-barang sekolah budak-budak ni. anas berkenan kat satu beg ni. aku pun berkenan gak kat beg tu. tapi kat beg tu ada gambar bunga. aku tanya anas, takpe ke beli beg ni? ada bunga ni.

then, the anas said, takpe. sebab dalam ni dapat beg lagi satu. LOL! good boy anas. akhirnya anas memahami jugak concept buy one free one. hihihi


[ked's sketching]

Monday, December 24, 2012

BERTAHANLAH WAHAI SAYANG


uikss??

my only one baby cat kat rumah ni yang putih bersih sakit! aku punya la teruja nak balik rumah nak tengok dia since ibu kata dia sangat adorable dan lincah tup tup balik-balik tengok dia sakit! kekadang terdengar dia batuk. bunyi miaow pun tak kedengaran setelah bunyi batuk tu lagi hebat dari ngiauan dia.

ibu kata dah seminggu dia batuk camtu. poor puteh junior. so, aku niat la nak bawak dia pergi klinik dah arini. tapi sampai-sampai, klinik dah tutup. sobsobsob.



kesian sangat kat puteh junior. dah la mak dia taknak susukan dia. sakit pulak tu. arini satu hari dia baring je kat timbunan kain baju angah. kadang-kadang aku gerakkan jugak dia nak make sure dia still hidup lagi. wuuu~ sedihnyaaaa..

bertahanlah puteh junior sayang. bertahan sampai hari rabu ni ea. kite pergi klinik cepat-cepat taw rabu ni. dia kena kuat. kena lawan sakit tu. kena struggle untuk hidup membesar dengan kami. kite tak puas lagi main-main dengan dia. bertahan ye! kite doakan dia cepat sembuh dan dipanjangkan umur untuk bersama-sama dengan kite lagi untuk beberapa seketika.

tu cerita si puteh junior. kucing-kucing aku yang lain pulak?


tu diaaa. mentang-mentang la seharian hujan kat temerloh, semua dok pakat tido bergelempang belaka atas katil. pandai aokme yak. angah takde, semua pakat konker katil dia. ce kalau angah ada kat rumah, seinci pun tak berani masuk dalam bilik tu. ekeke


[ked's sketching]

Saturday, December 22, 2012

2 YEARS OLD ALREADY


uikss??


pejam celik, pejam celik, arini, 22/12/2012, genap la usia ked's story ni sebanyak 2 tahun. dalam masa 2 tahun ni, dah banyak yang aku dah recordkan dalam ni. baik manis, baik pahit, baik suka, baik duka, baik letih, baik lapang, semuanya tercatat kemas dalam blog ni.

terima kasih kerana banyak menyimpan memoriku. terima kasih kerana banyak menyimpan memori antara aku dan dia. terima kasih kerana telah menjadi platform bagi dia untuk mengetahui kondisi semasa ku. terima kasih kerana setia berkhidmat untuk ku. terima kasih kerana banyak menghubungkan aku dengan mereka yang tak pernah ku kenal, tapi akhirnya boleh menjadi sahabat. 

terima kasih dearked.blogspot.com!


p/s : esok lah aku type banyak-banyak sikit. letih ulang-alik pergi kl semata-mata nak attend kenduri tadi tak abes lagi. 


[ked's sketching]

Friday, December 21, 2012

KISAH SEORANG KAKAK

uikss??

semalam ketika aku menaiki bas jengka liner untuk pulang ke kampung halaman yang dah dekat 2 bulan aku tak balik, *sobsobs* naik lah satu family untuk turut bersama menaiki bas itu. si parents amik seat belakang aku, manakala sang anak-anak duduk seat di sebelah aku. memandangkan untuk duduk satu row memudahkan mereka untuk saling menjaga anak-anak itu, aku menawarkan diri untuk tukar tempat dengan si parents supaya mereka dapat berada dekat dengan sang anak-anak. namun, mereka menolak dengan baik cadangan aku itu. takpelah. mungkin mereka tuidak mahu menyusahkan aku.

tidak lama kemudian, bas pun mula bergerak menuju ke destinasinya. seronok aku melihat keletah si kakak menjaga adiknya yang baru hendak membesar. ku anggarkan umur si adik baru sahaja mencecah 2 tahun. manakala si kakak pula mungkin sudah berusia 7 tahun.

sementara itu, ku lihat si parents sibuk berbual sesama mereka dibelakang. pabila sang anak-anak datang kepada mereka, mereka dengan pantas menyuruh sang anak-anak kembali ke tempat duduk mereka di hadapan. malas mahu mengambil pusing keadaan sekeliling, aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata sementara menunggu sampai ke destinasi.

sehinggalah kami sampai ke sebuah stesyen minyak untuk berhenti seketika, aku terjaga. si kakak yang tadinya sedang enak dibuai lena juga turut terjaga. ku lihat si kakak mengadu kesejukkan kepada si ibu, meminta untuk menemaninya untuk mengambil sweater di bawah bas. namun, si ibu tidak mengendahkan permintaan si kakak, sebaliknya hanya menyuruh si kakak duduk diam-diam di tempatnya, dengan kata-kata penguat bahawa mereka akan sampai tak lama lagi. ya, memang tidak lama. sejam kemudian kami sampai.

kemudian, bas pun kembali bergerak. ku lihat si kakak hanya duduk di hujung seat bas kerana adiknya sudah pun menguasai kedua-dua seat bas itu dengan berbaring di atas seat itu. si parents hanya menyuruh si kakak membiarkan supaya si adik tidur begitu, tanpa memikirkan bagaimana kanak-kanak tersebut tersengguk-sengguk menahan kuap semetara si parents enak tidur di belakang.

aku perhatikan, si kakak menggosok-gosok lengan tangannya, cuba untuk melindungi walau seinci pun dari kulit tangannya daripada terkena angin dingin air cond. tidak tahan agaknya, dia mengadu sejuk kepada si parents di belakang. si ayah hanya suruh dia duduk di tempatnya semula tanpa memberi ihsan sweater kepada si kakak walaupun dia sedang memakainya! geram melihat gelagat si parents itu, aku meraba beg bajuku, membawa keluar cardigan dan dihulurkan kepada si kakak.

" adik, ambil lah ni. "
" takpelah kak. "
" ambil lah, kakak tak pakai pun. "

apalah nak dibandingkan kesejukkan untuk aku yang dah berusia 22 tahun ini nak dibandingkan dengan kanak-kanak yang baru hendak menjejaki alam persekolahan. sungguh aku amat kecewa dengan tindakan si parents tersebut. apalah salahnya jika si ayah memberi sweater yang dipakainya kepada si kakak itu. teringat aku akan ayahku, yang selalu menyelimuti kami tatkala kami sedang kesejukkan dalam tidur. kerap juga dia menampar nyamuk yang berebut-rebut mengambil peluang untuk meratah darah kami ketika malam menjelma. itulah kasih seorang ayah yang aku terima sedari kecil dan aku terkilan kenapa si ayah itu tadi tak mampu untuk melakukan ihsan yang hanya sebesar hama itu.

kenapa aku terlalu emosional? kenapa aku berani-berani mempertikaikan hal keluarga orang lain? kenapa? 


kerana, aku jua seorang kakak. melihat kelakuan dan situasi si kakak itu benar-benar menyentuh hati kecil ku ini. si adik mungkin tidak pernah mengetahui apa yang di lalui oleh si kakak tadi kerana dia tidak pernah merasanya. tapi si kakak, sedari kecil sudah di latih untuk menjaga adiknya dan sedari kecil sudah di ajar untuk berkorban untuk keselesaan adiknya.

kepada adik-adik, kenanglah pengorbanan kakak mu, kerana, kamu tidak pernah tahu apa yang mereka rasa, dalam membesarkan kamu supaya menjadi seperti mereka.


[ked's sketching]

Monday, December 17, 2012

HASIL 3 HARI BERTAPA


uikss??

at last, setelah 3 hari bertapa di rumah, menghadap laptop semalaman, sampai tido pun kena amik turn dengan ah and tiyah, akhirnya, siap jugak design bilik weols. yahooo! 


tengok. punya la nak kejar masa sampai dok render 2 laptop sekaligus. hebakkk hebakk! 


from that one, we try to redesign it to become like this. presenting, the new concept of impiana resort cherating!

cool tak? tetiba jadi excited pulak dengan hasil kerja group sendiri. hehehe. dalam banyak-banyak part, aku paling suka toilet. sangat cantik dan smart! kan kan?

tak sia-sia bersengkang mata sampai tak tido malam siapkan benda ni. Alhamdulillah, presentation tadi berjalan dengan lancar. sir pun okey je, so, hopefully carry mark pun okey lah ek sir. ekeke

yeay! malam ni boleh enjoy puas-puas. tengok movie puas-puas. landing puas-puas. tido puas-puas. oh, heaven nyeee!

babai sketchup. babai rendering. 


p/s : awak, ni lah design bilik kite lepas render. smart tak? >.<


[ked's sketching]

Thursday, December 13, 2012

TERIMA KASIH dearked.blogspot.com


uikss??

actually dah lama ketua biro aku assigned aku untuk buat minute meeting biro aku before seminar hari tu. malangnya, aku baru teringat nak buat bila dia mintak maghrib tadi. ahaks! mula la terkapai-kapai nak cari contoh minute meeting subjek BEL yang pernah amik time part 3 dulu. sekali check kat document, takde! what? aku tak save ke minute tu dulu? mati lah aku. nak buat minute camni ni contoh pun takde. 


aku pun mintak la ain tolong send yang dia punya minute. aku type based on minute dia tu lah kan. sekali, sampai next point bila mana aku nak masuk point lepas special business tu aku tak taw dah. serius aku dah lupa dia punya flow. penat lah aku pikir tajuk point yang aku nak masukkan tu.

ada la dalam 5 minit aku pikir, aku teringat yang aku pernah buat entry pasal points tu semua. aku pun cepat-cepat bukak account blogger aku, cari entry under keyword BEL 482.


yezza! nice one! ni lah yang aku nak. syukurlah ada blog ni. kalau tak, aku tak taw la nak jadi apa dengan minute aku tadi. wuuuu~ terharu. terima kasih dearked.blogspot.com!

barulah aku sedar betapa besarnya peranan blog aku ni dalam hidup aku kerana benda ni lah yang banyak save memory aku since 22/12/10. banyak sangat kenangan dalam ni. tak terkira. segala pahit, manis, masam dan masin semua aku simpan dalam ni.

dearked.blogspot.com, semoga hubungan antara kita kekal sehingga akhir nafas aku di muka bumi ini. simpanlah cerita tentang aku selagi kau mampu, supaya ianya dapat menjadi tatapan kepada mereka yang bakal merindui aku andainya aku tiada lagi untuk menyinari hidup mereka suatu hari nanti. memori aku, memori mereka jua.

aiseh. apesal sebak semacam time type ni? dah dah. aku nak layan running man. till then, adios!


[ked's sketching]

Tuesday, December 11, 2012

AKU DAN SUSU

uikss??

semalam time tengah melantak nasik dengan mell, teha dengan ika, ika ada tanya aku. dia kata, tengok aku ni kuat makan, tapi takde la selalu sangat makan. means that kejap-kejap makan, kejap-kejap kang cari makanan. aku cakap la, aku sekali makan, aku makan banyak-banyak. pastu, sekarang ni kalau lapar, aku cari susu. pastu, teha pun kata, eh, bukan kalau minum susu makin besar ke? aku pun, what! makin besar? yelah, macam baby kan. kan baby bila minum susu makin besar.

aku pun terpikir. alamak! macam mana ni? betul ke teori tu? macam mana aku nak hidup tanpa susu didada. eh, silap! susu dalam kehidupan aku yang penuh dengan warna-warni ni. oh, tak dapat aku nak bayangkan. kehidupan aku sebegitu. sobssss

aku stop minum susu botol pun agak lambat la aku rasa. masa tu aku darjah 1. balik sekolah berkejar minum susu. aku stop pun bila nenek aku kata, "awak tak malu ke dengan kawan-kawan awak dah masuk darjah 1 pun hisap botol susu lagi ". start pada tu, aku terus berhenti. dah berhenti susu, gila dekat milo pulak. mana tak nya, pagi-pagi before pergi sekolah ibu dok buat air milo je. see, susu lagi kat situ.

sampai lah sekarang. lagi-lagi aku dah jumpa alternatif lain untuk ganti milo yakni susu dutch lady coklat. dok menghadap benda tu jelah sekarang ni. beli 1 pack besar sekali, masuk dalam balang besar, 3 minggu dah mula mendap balang tu. ah sudah. kuat minum susu nau aku ni.



tiyah pernah tengok diet yang sesuai dengan blood type aku iaitu A. dia cakap aku kena kurangkan produk tenusu. what? my life without milk? 

susu. aku membesar pun dengan susu, sakit perut minum susu, lapar cari susu, alas perut dengan susu. hah, camne nih nak berpisah dengan susu? tskk tskk

actually kan, betul ke minum susu ni makin besar?hmmmm...


[ked's sketching]

Sunday, December 9, 2012

Saturday, December 8, 2012

TRAGEDI 1 PAGI : RUMAH ALMOST KENA PECAH!

uikss??

shaking, trauma, nak menangis, semua dah bercampur-baur dengan perasaan aku sekarang ni. sekarang ni, aku dah paham macam mana perasaan kak jibah bila orang ketuk pintu rumah kitorang kuat-kuat sem lepas. ketuk rumah tahan lagi. ni kalau yang try nak bukak kunci gril rumah plus pusing-pusing tombol pintu lagi apa cer?


baru je setengah jam tadi. aku dengan kak lala tengah syok-syok tengok movie dekat ruang tamu. sekali, kak lala kata, dia dengar bunyi macam ada orang try nak bukak pintu rumah dia. aku kata, rumah orang depan kot. kak lala berkeras jugak kata yang memang tu bunyi pintu rumah dia sebab dia nampak bayang orang dekat bawah pintu rumah tu.

aku pun pause movie, senyap-senyap pergi belakang pintu, memang betul ada orang try nak bukak pintu rumah kitorang. aku dengar bunyi orang pusing-pusing kunci. aku pun suruh kak lala senyap, mintak dia suruh liya call budak lelaki yang rumah diorang kat blok belakang tu je datang tengok-tengokkan rumah kitorang. 

aku standby belakang pintu dengan pisau. menggigil-gigil nih pegang pisau. in case kalau diorang berjaya bukak pintu tu, aku nak kerat je tangan diorang yang tengah pegang tombol tu. jantung aku yang dah macam nak pecah ni tak payah cakap lah. dupdapdupdap macam nak tercabut dah rasanya memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

dalam masa yang sama ni, aku nak sangat bukak pintu, nak tengok muka diorang. tapi, aku tak berani. takut diorang tahu yang rumah ni ada perempuan plus takut diorang apa-apakan aku pulak lepas tu. tak lama tu aku dengar macam kecoh-kecoh sikit kat luar. lepas tu, dengar orang bagi salam. rupa-rupanya eday. kitorang bukak pintu tengok budak-budak lelaki semua dah berkumpul kat luar.

eday cerita, diorang siap bawak besi bagai dari rumah. sampai-sampai depan rumah kitorang, memang ada orang kat depan pintu. mamat tu tetiba tanya dekat dia yang kunci rumah diorang yang ada tulis nombor rumah tu kat mana. konon-konon salah rumah lah tu. eday kata muka diorang suspicious giler tapi buat-buat cover macam takde pape jadi. tapi still boleh nampak muka kantoi diorang tu.

agak-agak la weh kalau kita salah rumah pun, takkan lah sampai 10-15 kali dok sibuk pusing-pusing kunci dekat luar? what daa? siap pulas-pulas tombol lagi! tu ke yang kau kata salah rumah! tak pun, kenapa kau tak ketuk pintu tanya? kenapa mesti try nak bukak jugak kan? nampak tak suspicious situ. pulak tu, siap bawak beg pulak tu! wallahualam beg tu besar mana tapi, kalau korang ada dekat tempat aku, apa yang korang dah pikir masa tu? 

pastu, aku tak berapa clear sangat apa yang jadi antara diorang, tapi mamat-mamat tu blah la lepas tu. at least, budak-budak ni dah tengok muka mamat-mamat tu so anything happen after this kitorang dah ada suspek lah. 

esok pagi, member-member aku ni kena call jugak owner rumah diorang, buat report dengan pak guard jugak. pesanan untuk kita semua, better pakai selak dekat front door. secure sikit. aku pun nak suruh owner aku pasang selak jugak lepas ni. 

sekarang ni, nak tidur pun tak berani. aku yang tadi dok ternguap-nguap tengok movie boleh jadi segar balik. ni lah first time perkara sebegini terjadi kat aku. 

ya Allah. selamatkanlah kami. lindungilah kami dari sebarang anasir-anasir jahat. lindungilah kami dari perbuatan manusia. kami bermohon berlindung di bawah kekuasaanMu ya Allah. hanya kepadaMu kami berserah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan. aminn ya robbal 'alamin.

p/s : cerita full tak tahu lagi. ni baru raw. nanti bila dah tahu full story aku update lagi ea. sekarang ni aku nak pergi tidur dulu. nyte peeps!

p/s/s : dear, i'm so afraid. i need you. T.T


[ked's sketching]

Thursday, December 6, 2012

MAKAN DURIAN SAMPAI LEBAM


uikss??

tengah hari tadi, keluar-keluar je dari class pukul 1.15, terbau durian dekat koridor. aku pun macam pelik. mana lah datang durian dekat level 11 ni. kitorang suspek, ni mesti kerja orang office makan durian tak ajak ni. hewhewhew.

then, bila turun je ground floor, aku tengok dekat foyer, ada pesta durian! wow! tema dia, makan sampai lebam! bayar 5 ringgit, makan la sampai lebam mana pun yang kita nak. whoaaa~ sedapnyaaaa!

dala dok pikir nak makan ke tak tu, aku usha-usha nampak budak-budak class aku dah baik punya amik port kat hujung tu melantak durian. fineeee! makan tak ajak! aku pun apa lagi, terus bayar 5 ringgit dekat kaunter, rembat sebijik durian.


yummeh! nikmatnya lahai dapat makan durian. perasan tak, durian yang aku makan tu rupa dia macam durian crepe kan? teringin sangat nak rasa durian crepe tu. untunglah si baju biru dah merasa. siap boleh text aku lagi jemput makan. grrr~! takpe-takpe. tunggu lah bila aku dah merasa benda tu nanti. aku tepek gambar besar-besar kat blog. muahahaha!

aku yang punyalah mengantuk sepanjang pagi tadi sampai last class, yang cadangnya balik nanti tak nak makan pun, terus nak tidur since stay up buat report, terus tak jadi nak berbuat demikian lepas jumpa durian ni. ain kata, mata yang dah sepet-sepet nak terpejam terus segar bila nampak durian. hahaha. that's so me!


amboih masing-masing. muka habis gian dah dapat makan durian. kikiki.


le family portrait! durian + friends = heaven!


p/s : kite still tengah tunggu durian crepe dari awak ni. bila lah nak sampai depan rumah ea? :P



[ked's sketching]

Monday, December 3, 2012

SHELL LEGO FERRARI MODEL


uikss??


wah, dah lama aku tengok model lego ni kat shell. tapi tak teringin pun nak beli. sampai lah malam semalam, kak zue bawak balik 6 model lego ni, suruh aku pasangkan sekali dengan dia. masa tu dia dah pasang dah satu. yang kaler kuning tu. excited pulak aku nak pasang jugak walaupun perut aku meronta-ronta untuk minta di isi ketika itu. kuikuikui


yang paling mencabar sekali time nak pasang truck tu dengan racing car yang kaler putih tu. wuuu~ serius menguji ketabahan dan keimanan aku. huhuhu. tapi satu je slack, banyak komponen lebih yang diorang bagi dalam setiap pack. macam tak pandai estimate je time packaging. ini suatu pembaziran lego bagi aku nih. packaging team for this sila take note okey. ;)

abang baju biruku. please take note okey. kite nak yang racing car kaler putih dengan truck merah tu taw. nak bagi kat adik-adik dia jugak dua orang kat rumah tu. ;P

pesanan penaja, sila dapatkan model-model ini di stesyen shell berhampiran anda sementara stock masih ada. :)


[ked's sketching]

Friday, November 30, 2012

DURIAN CREPE, BATIK CREPE

uikss??

di suatu petang yang hampir meniti ke waktu senja, aku, tiyah dan kak jibjib berborak-borak kosong sambil melayan bosan menaip report room division. ceritanya berkisarkan kak jibjib yang begitu mengidam untuk merasai durian crepe yang sangat trending sekarang ni. nyummeh! aku pun tak pernah rasa durian crepe tu. tapi nampak tempting sebab tengok tekstur dia yang gebus tu. 



kak jibjib : sedapnyeee nampok durian crepe ni. 
ked : kak kan? tengok cam gegebu je gittew.
kak jibjib : boy taw dop mane hok ade jual mende ni?
ked : dengo kaba, diorang kate kat midvalley punye durian crepe ni sedap. tak tahu la pulak saye kan sebab tak pernah rase pun. huhuhu. dengar cerite jela.


then, masuk pulak part tiyah.


tiyah : sekare ni famous keh durian crepe ni.
ked : haah. ni baru aku tengok member aku post kat fb demo gi make durian crepe tu.
tiyah : holah. leni bukan takat durian crepe jah. mango crepe, strawberry crepe, batik crepe pun ado. habis belake demo nok buat crepe.

what? batik crepe?



ked : HAHAHHAHA. batik crepe? HAHAHAHHA
tiyah : bakpo mung gelok? mung ingat aku main-main ko?
kak jibjib : hey boy. ade lah batik crepe tu. baju kak hok ni batik crepe la ni. 



gulp! aku pun google lah. ada rupanya batik crepe ni. malunyaaaa aku! sakan aku gelak ke tiyah sebab ingat dia buat lawak sekali aku rupanya yang ketinggalan zaman tak taw apa itu batik crepe. menyesal mak gelak tadi nyah!

taw tak aku imagine apa time tiyah tu cakap pasal batik crepe tu? aku bayangkan kek batik yang telah di 'crepe' kan. gosh! fail betul lah aku pasal jenis-jenis kain dengan makanan ni.

moral of the story, durian crepe dengan batik crepe bukan benda yang sama taw even ada word crepe kat belakang tu. jangan pulak nanti korang gi bantai order batik crepe dekat kedai durian crepe. mati kena gelak dengan orang kedai tu nanti ada lah. hewhewhew


[ked's sketching]

Thursday, November 29, 2012

AWAS! PEMBUNUH BERSIRI TERLEPAS!


uikss??


p/s : i'm soooooo busyyyyy! dapat post gambar-gambar dengan short entry je sekarang ni. tunggu aku type pasal pengalaman berjumpa dengan imam muda ea. see you then. :)


[ked's sketching]

Wednesday, November 28, 2012

TERPAKSA DELETE CHAT BOX


uikss??

tadi view blog. pastu, aku pelik kenapa dok keluar pop up kaspersky meaning that dia ada detect malware kat blog aku. aku pun cuak giler la. matilah aku kan kalau blog aku kena virus. dok refresh 2,3,4 kali, aku dapat trace benda tu datang dari mana.


gosh! chat box aku kena virus rupanya! bahaya ni! nak tak nak, aku tak boleh buat apa. memang kena remove la chat box tu. then, aku refresh balik lah kan nak tengok ada lagi ke tak. rupanya ada lagi uolss! kat heartbeat punya iklan aku pulak. aduyai. sayang blog punya pasai, iklan hearbeat yang aku baru dapat kumpul 40 sen tu terpaksa la aku remove. hailaaa~

hmmm.. walaupun aku tak berinteraksi sangat dekat chat box tu, tapi tulah memori aku dengan blog ni. dari awal-awal pembukaan blog ni lagi aku dah pasang chat box tu. ntah berapa ramai dah visitor yang dah tinggalkan jejak kat situ. baik yang benar-benar blogwalking dan juga yang pasang iklan dekat situ. huhuhu

nak buat macam mana. benda kita tak expect. nasib baik taw awal-awal. kalau tak, tak pepasal pulak effect kat member-member blog aku yang lain. 

moral of the story, pasanglah kaspersky internet security kat laptop masing-masing. alah, mahal kejap je. janji security kita terjaga. kan kan?

p/s : ce uols tengok. ada keluar lagi tak virus alert tu? risau pulak i.


[ked's sketching]

WORDLESS WEDNESDAY #39 : KAMPUS BIG BANG

uikss??


froggy + T.O.P = froT.O.P


g-dragon + vanness = v-draness


daesung + si kosong = daesong


seungri + bepop = popri


taeyang + aditas = taeditas


bila lawak kampus version fantastic baby big bang. hewhewhew

credit : keith from gempakstarz.com
[ked's sketching]