Tuesday, December 6, 2011

MISTERI KEHILANGAN KED


uikss??

at last. setelah seminggu lebih aku menghilang, kini aku jumpa semula blog yang telah ku tinggalkan. wuuuu~ kembali kepada jalan yang benar akhirnya.




sebab musabab kenapa aku tak update blog ialah kerana broadband aku wat hal! firstly aku ingat bil tak bayar. teros tanpa segan silu apatah lagi malu-malu tenuk aku menalipon ibu aku yang jauh di kampung halaman sana nun, bertanyakan tentang broadband. kata beliau, " haa. ibu salah bayar la tu. nanti ibu bayar la."

dua tiga hari kemudian aku try connect, tak lepas jugak. bila aku tanya ibu aku, beliau mengatakan bahawa beliau sudah menjelaskan bil broadband yang tertunggak. jadi, apakah permasalahannya disini?

TINGGGG! lalu ku terpikir. adakah? 

ya! tepat sekali andaian aku. rupa-rupanya, modem tu yang rosak daa. tak pasal-pasal kena berkunjung ke celcom centre sambil menikmati ABC semangkuk dua semata-mata untuk tukar modem baru. adesshhh.

dan sekarang ni, aku hanya bergantung kepada ihsan member aku yang sanggup meminjamkan aku modemnya tatkala dia pon tak pakai modem tersebut. hahahaha

p/s : cuti sudah habis bro!

[ked's sketching]

2 comments:

Feel free to drop your comments here! :)