KISAH JAM 3 PAGI

4:17:00 PM


uikss??

Panas! Berbahang sungguh rasanya bilik 3B-02-38 pada malam itu. Suis kipas yang sudah mencecah angka 5 itu ditenung Tina berulang kali. "Huh! Nombor 5 pon macam nombor 1 je! Baik tak payah pasang kipas!", Tina mengomel seorang diri. Namun, dek kerana perasaan mengantuk yang amat sangat gara-gara stay up menyiapkan report trip untuk dihantar esok, Tina tertidur juga akhirnya dalam keadaan panas berbahang sebegitu.

"ALLAHUAKBARRRRRR!" 

Serentak dengan ucapan itu, Tina terjaga. Dadanya berombak-ombak kencang. Peluh-peluh kecil sudah mula membasahi dahinya. Mimpi itu begitu menakutkan baginya. Tina menggigil ketakutan seketika. Masih terlayar dimindanya rupa lembaga hitam itu. Sekali imbas Tina melihat jam di handphonenya. "Pukul 3 pagi dah ni", getusnya perlahan. Serta merta Tina teringat yang seseorang pernah berkata padanya, sekiranya kita sedang bermimpi, kemudian kita terjaga selepas itu lalu melihat jam pada ketika itu, dan jam pula menunjukkan pukul 3 pagi, maknanya mimpi itu benar-benar akan terjadi. Tina pun melihat serata biliknya. 3 orang ahli biliknya yang lain sudah pun lena dibuai mimpi. Tiba-tiba, Tina berasa seram sejuk.



"Eishh, takutla pulak aku nak tido sorang-sorang ni. Ein, Ein! Bangun la beb! Aku takotla. Aku nak tumpang tido kat katil kau sekali boleh?" kata Tina sambil mengejutkan teman sebiliknya Ein yang tidur berhadapan dengannya. "Emmm. Ape ni Tina? Kau tido jela situ diam-diam. Esok aku ade kelas kul 8.30 laaa." Balas Ein dan tanpa menghiraukan rayuan Tina, dia kembali menyambung lenanya. 

Maka Tina pun pasrah untuk tidur berseorangan dikatilnya. Tak lama kemudian, ketika dia hampir melelapkan matanya, tiba-tiba badannya terasa berat. Seperti ditindih sesuatu. Tina memberanikan dirinya untuk membuka mata melihat gerangan apakah yang menindih dirinya. Alangkah terperanjatnya Tina apabila dia melihat lembaga yang muncul dalam mimpinya sebentar tadi sedang menindihnya! 

*********************

persoalannya disini, betol ke kalau kite terjaga dari mimpi buruk seperti mimpi tina tu, dan bile kite tengok jam mase tu, dan jam tu menunjukkan pukul 3 pagi, mimpi itu sebenarnya betol-betol terjadi. yeke? aku pon tak taw la. member aku yang gitaw kat aku macam tu tadi. bile aku tanye kenape, die kate sebab pukul 3 tu macam suku malam laa. orang tua-tua la kate kan. iye ke tak, WALLAHUALAM.

eh, tapi cite kat atas tu betol-betol terjadi. aku ubah sket-sket je. hehe

ked's sketching

You Might Also Like

1 Comments

  1. hmm tindih ni memang slalu jadi.. zuan prnah kena, cuma ucap Allah Hu Akbar banyak je klu kena.. insyaAllah benda tu pergi

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers