3 TRAGEDI HARI RAYA 2011

11:27:00 AM

uikss??

salam 6 syawal sume. tadi, aku baru je tengok live pendaratan pulang jenazah wira sebenar negara, Allahyarham Noramfaizul, cameraman bernama tv seperti mana yang kita sume sedia maklum telah terkorban dalam misi keamanan somalia di mogadishu kelmarin. Al-Fatihah untuk Allahyarham. semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. aminn.

semalam jugak, aku dapat satu mesej dari classmate aku ika tentang member kitorang baha, yang accident kat triang kelmarin. syukur Alhamdulillah, baha selamat. cume ade lebam-lebam sket dan kene jahit kat mate. seriau jugak aku mase dengar musibah ni. dah la tinggal seminggu je lagi sebelum kitorang nak daftar degree ni. mintak-mintak lah die tak de inner injury.

bukan tu saje, semalam jugak anak buah si baju biru accident kat kelantan. so, sebagai bapak buah yang prihatin, die kene la turun padang untuk setelkan sume kat sana. malam semalam die bertolak pergi dan dalam kul 3 pagi tadi die bertolak balik ke lumut semula. katenye, arwah meninggal bersama isterinye dan hanya anak mereka yang berusia 3 tahun saje yang terselamat. mase aku dengar tu, Ya Allah, kesiannye kat anak diorang. kecik-kecik lagi dah jadi anak yatim piatu. syukur lah aku masih ada family lagi skang ni. semoga si anak tu dapat menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan roh ibu bapanya di cucuri rahmat Allah S.W.T.


daripada 3 tragedi ni, aku dapat simpulkan yang segala musibah yang datang dari Allah S.W.T itu hanyalah satu bentuk ujian kepada hamba-hambanya dan juga pengajaran kepada sesetengah orang supaya lebih berhati-hati dalam melakukan segala jenis perbuatan pun. terima la qada' dan qadar dengan ikhlas serta jangan sesekali kita alpa kepadaNya. dan kepada mereka yang nak drive balik ke destinasi masing-masing tu, berhati-hati di jalan raya ya! 

p/s : semoga keluarga Allahyarham Noramfaizul tabah menghadapi ujian ini.

digital word sketching by ked

You Might Also Like

2 Comments

  1. Subhanallah..jadikan sebagai iktibar..moga2 mereka ditempatkan golongan yang beriman..amin

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers