MIMPI? APAKAH TANDANYA?

9:53:00 AM

uikss??


huargggghhhhh!!! morning readers!!! ahhh. lege sungguh rasenye. tido yang paling berkualiti dalam bulan ni. kemon la guys. cakap ngan aku, sape je yang tido before 10 mase cuti-cuti sem ni? takde kan? lagi-lagi bulan pose ni. kompem sume pakat tido after 12 kan? haa. aku pon same. bile ag nak balas dendam tengok tv midnight kan? dah bukak sem nanti tak dapat dah.


semalam, second last day aku jaga gerai kat bazar ramadhan. dan-dan la gak ribut turun semalam. giler lebat guwa cakap sama luuu. sampai nak tercabot payung dibuatnye. imagine la ek, ujan start dari kul 4 petang. aku kul 8 baru balik umah. 4 jam berendam ngan air dek non oooiiihhhh!!! dah la pakai kasut! aku rase cam ade ikan berenang-renang dah kat kaki aku yang terendam lam kasut tu!




balik-balik umah, teros mandi, semayang, makan then layan supermak jap pastu, bummmm!! tido laaa. ape lagi. dalam dok sejuk-sejuk tu, aku leh tertido. ingat nak tunggu ANTM, tapi tak tahan la beb. punye la sejuk sampaikan kipas yang no. 3 kat umah tu pon aku suh tutup. tu belom aku pakai long sleeves rase nak double sweater kat luar tuh!


haaa, mesti korang tertanye-tanye kan? title pasal mimpi, tapi ni dah half entry takde pon pasal mimpi. chillex la. aku nak cite la ni. standard writing style aku lah intro mesti panjang-panjang. 




mase tido tu, boleh lak aku bermimpi yang aku dapat dok kolej kat UiTM Shah Alam tu. kolej seroja ni nak habaq mai. perggghhhh!! hebat tak mimpi aku. punye la serabut memikirkan pasal kolej, tuptup mimpi dapat kolej. giler ah. dalam mimpi tu, aku sorang-sorang je watak utame lam tu. err, maksud aku yang budak kelas aku punye. aku pon tak taw la ape kejadahnye takde budak kelas aku yang len sebab setahu aku, ramai classmate aku yang dapat kat shah alam compare to melaka. 


bile aku pikir-pikir balik, name pon mimpi kan? kat lam mimpi tu la aku mulekan hidup baru, cari member baru sebab aku seekor kera je kat situ. punye lah sedih aku dok sorang-sorang sampaikan aku nanges teringatkan member-member aku (hilang kehenseman aku mase tu) dan dok compare-compare dungun ngan shah alam. adakah ini bermakne yang aku still tak leh nak lupekan dungun ag? giloooo!!!


pastu, aku ingat lagi, mase tu dah nak dekat abes waktu dah. gate tutup kul 11 malam. siap ade ustazah ag jage kat depan gate tu. diorang siap countdown seconds ag kot. sampai tang aku, sharp kul 11 dah mase tu. tapi aku merayu gak mintak masuk. seb bek lepas. pheww~~ dah lepas tu lak aku baru teringat yang aku tak pulang gelas dining ag mase tu! oleh sebab aku ni student yang berdaddykasi, aku pon keluar la ikot pintu belakang sebab nak gi pulang kat dining.




demmm!! tu kesilapan paling besar yang penah aku wat lam mimpi aku. keluar dari dining tu aku dah tak ingat dah jalan nak balik kolej! merayau-rayau la aku kat dalam UiTM Shah Alam yang luas tu. sedang aku jalan-jalan cari gate seroja tu, tibe-tibe ade someone yang tepuk bahu aku. aku dah gabra dah. femes nau aku mengalahkan yuna orang nak tegur-tegur ni.


"kak long-kak long, bangun sahur!". laaa, ibu aku rupenye. laaa, mimpi rupenye. selamat ibu aku kejutkan aku. kalau tak sure lenguh-lenguh kaki punye sebab berjalan lam mimpi! hahahaha


yang aku musykil skang ni, camne la aku leh mimpi aku dapat kolej ek? orang kate slalunye, mimpi ni yang sebaliknye akan jadi. maksudnye, kalau dapat kolej = tak dapat koooo?? ish. tak sanggup aku nak menyebutnye. mintak-mintak la mimpi aku tang kolej tu jadi reality. aminnn. yang tu je la. tang sesat tak jumpe gate tu mintak simpang la ek? hehehehe


digital word sketching by ked

You Might Also Like

0 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers