MUHASABAH

1:51:00 PM

uikss??


pada suatu masa yang ditetapkan
kita pasti dirisik
pertunangan sejak azali
di hujung hidup nanti

berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut
hantarannya, sakit dan nazak
tamu bertandang menghadiahkan esak tangis
pengantin dimandikan

dipakaikan baju cantik putih
wangian gaharu dan cendana
keranda jadi pelaminan
pengantin bersanding sendirian

di arak keliling kampung
berkompangkan azan dan kalimah kudus
akad nikahnya bacaan talkin
berwalikan liang lahad

saksi pula nisan-nisan
siraman air mawar
keluarga terdekat menepung tawar
tiba masa pengantin
menunggu sendirian

malam pertama bersama KEKASIH
di kamar bertilamkan tanah
dan Dia menuntut janji
sucikah kita tatkala berpadu

pernahkah taubat sepanjang hayat
atau terkubur bersama dosa-dosa
dan Dia Kekasih itu
menetapkanmu ke syurga
atau melemparkan dirimu ke neraka


da hayati bait2 kat atas? hehehe. semoge ianya memberi pengajaran kepada kite sume. ekceli, aku dapat sajak ni dari ibu aku. die bawak dari skolah die. aku pon tak taw sape yang cipte sajak ni. aku just nak share ngan korang jep. renung2kan dan selamat beramal!! :)

digital word sketching by ked

You Might Also Like

2 Comments

  1. huhuhu..ayat die memang menusuk kalbu la..sayang aku tak taw la sape yang tulis..bole cerdit kat die..hehehe

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers