Tuesday, July 5, 2011

KERANA BERSIH, KAMI TERANCAM

uikss??


KUALA LUMPUR: Industri pelancongan negara di jangka mengalami masa sehingga enam bulan untuk pulih semula jika perhimpunan haram yang dijadual diadakan sabtu ini, diteruskan penganjur.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, berkata keadaan huru-hara akibat perhimpunan itu bakal menyebabkan industri pelancongan mengalami kerugian sehingga RM600 juta akibat kunjungan pelancong yang merosot.

"Kami ada menerima laporan pelancong mula takut berkunjung ke Malaysia dan kita mengkaji industri pelancongan akan pulih hanya dalam tempoh enam bulan sebab kita kerugian dari segi perbelanjaan pelancong ke sini sekurang-kurangnya sebelum, semasa dan selepas perhimpunan," katanya pada sidang akhbar pelancaran Perarakan Malam Flora Pelancongan 1Malaysia (1MITNFP), di sini semalam.

Sumber dari Harian Metro, 5 Julai 2011


**********************************************

rentetan daripada itu, wallaweh, ayat tak leh blah ek. hahahhaa. oke, masuk mood siyes balik ek. mesti korang tertanye2 kan ape la kaitan industri pelancongan malaysia ni ngan aku kan?

harus la ade kaitan!!! aku ni student tourism and tourism tu bidang aku! kalau la BERSIH ni boleh mengugat kestabilan industry pelancongan negara kite ni, memang harus aku naek angin.


korang bayangkan la, aku student tourism. bile aku abes blaja nanti, mesti la aku aspect nak berkhidmat dalam industry aku. da tu, wat ape aku blaja tourism selama 3 taon kan? aku da planning macam2 da dalam kepale otak aku ni nak cari target market baru untuk industry pelancongan negara kite. tapi, kalau la selepas BERSIH ni, that industry jatuh, macam mane ngan mase depan kitorang, student tourism seluruh malaysia? aku nak keje ape nanti? tak kesian ke kat kitorang.



kite tak yah gi jaoh, tengok aje thailand. ketidak stabilan politik diorang menyebabkan ramai yang jadi takot untuk masuk ke negara tu. adakah kite nak malaysia pon jadi macam tu satu hari nanti? mintak simpang.... kalau tak de tourist masuk, tak berjalan la industry pelancongan kite. manakala, kalau tak de income dari sektor pelancongan negara, kurang lah pendapatan negara kite. skang ni pon, industry pelancongan penyumbang ke lima terbesar untuk sumber ekonomi negara taw!


buat ape kite nak musnahkan ape yang ade? tak boleh ke kite wat rundingan secara damai? bukan ke itu lebih bagus? kan? aman, damai.... bukan tu je, perhimpunan ni menyebabkan rakyat kite berpecah belah. tolong laa. kalau aku budak2, aku tak terase sangat kot BERSIH ni. tapi, sebab aku dah dewase, aku dah mule untuk berpandangan jaoh.

boleh yea? hentikan sume ni? demi mase depan kami...

[ked's sketching]

4 comments:

  1. x patot perhimpunan haram ni diadakan...memberi impak yg besar kepada tourism sector...kena boikot perhimpunan haram ni...ish2...

    ReplyDelete
  2. betol3..

    cian kat kite kan??

    ReplyDelete
  3. boy memang ada chemist gtu..
    weyh aku memang x puas hati bila periuk nasik pelancongan tergugat

    ReplyDelete
  4. well..

    we're tourism students..harusl alert ngn issue2 cmni kn??hehehe

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)